CAWANGAN KWSP SELURUH NEGARA KEKAL TUTUP BERMULA 15 JUN 2021

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2021: Selaras dengan penyambungan total lockdown (penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi) bermula 15 hingga 28 Jun 2021 yang diumumkan Kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan bahawa pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara akan kekal ditutup sepanjang tempoh ini.

Sehubungan itu, semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan dan ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh total lockdown berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP. Janji temu bagi Pengeluaran Umur 50, 55, 60, dan Hilang Upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP mula beroperasi semula. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan.

Bagi ahli KWSP yang telah memohon pengeluaran dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran dan cek jurubank, cawangan KWSP yang berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran atau melengkapkan transaksi pengeluaran tersebut di cawangan yang telah dipilih oleh mereka.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti permohonan Pengeluaran Perumahan, Umur 50, 55 dan 60, hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun (sila rujuk senarai perkhidmatan dalam talian di laman web rasmi KWSP). Walau bagaimanapun, proses pengesahan cap ibu jari bagi melengkapkan transaksi dalam talian ini hanya boleh dilaksanakan setelah tamat tempoh total lockdown apabila cawangan dibuka semula kelak.

Pihak KWSP maklum akan kerumitan yang mungkin timbul daripada penutupan ini, namun langkah-langkah pencegahan yang diambil ini adalah penting bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan dan kesihatan ahli serta anggota KWSP sentiasa terjaga dan terpelihara.

KWSP berharap agar semua pihak memahami, bersabar dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh tersebut. KWSP juga komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Sekiranya ahli ingin mendapatkan penjelasan lanjut, Ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk saluran media sosial rasmi KWSP atau laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Bagi penjelasan berkenaan kemudahan i-Sinar, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

 


Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
13 Jun 2021

Original Resources
https://www.kwsp.gov.my/ms/-/continued-closure-of-epf-branches-nationwide-from-15-june-2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.