Penutupan Sementara Operasi SSM Seluruh Negara Semasa Tempoh Total Lockdown, Pelanggan Digalakkan Guna Perkhidmatan Dalam Talian

Kuala Lumpur, 31 Mei 2021 – Lanjutan daripada pengumuman kerajaan mengenai penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau Total Lockdown Fasa Pertama bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menutup sementara operasinya di seluruh negara berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 sehingga tempoh Total Lockdown Fasa Pertama ini berakhir, tertakluk kepada pengumuman terkini kerajaan.

Sepanjang tempoh ini, semua perkhidmatan fizikal SSM sepertimana yang telah diumumkan di dalam jadual operasi pejabat SSM semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP-Diperketatkan, PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan tidak akan beroperasi termasuk urusan kaunter serah simpan dokumen berkanun secara dropbox, pemfailan ekspres (eXpress filing), permohonan penglibatan peribadi (personal involvement) di dalam syarikat serta perkhidmatan kiosk layan diri.
 
​Untuk memastikan semua transaksi berkaitan entiti perniagaan tidak terganggu susulan penutupan sementara Pejabat SSM di seluruh negara, perkhidmatan dalam talian SSM akan beroperasi seperti biasa. Pelanggan SSM boleh memanfaatkan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian seperti berikut:
 
(a) Portal EzBiz – https://ezbiz.ssm.com.my 
(b) Portal MyCoID – https://mycoid2016.ssm.com.my 
(c) Portal MyLLP – https://www.myllp.com.my 
(d) Portal e-Info – https://www.ssm-einfo.my 
(e) Portal MyData – https://www.mydata-ssm.com.my 
(f) Portal MBRS – https://www.ssm4u.com.my 
(g) Portal e-Secretary – https://esecretary.ssm.com.my 
(h) Portal e-COMTRAC – https://e-comtrac.ssm.com.my 
(i) Rayuan kompaun – E-mel kepada ar_compliance@ssm.com.my 
(j) Aduan – E-mel kepada aduan@ssm.com.my
 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila kemukakan melalui e-mel ke enquiry@ssm.com.my.
 
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) 
TARIKH : 31 MEI 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.