Seorang Individu Didenda RM50,000 Atas Kesalahan Membuat Pernyataan Palsu Dalam Laporan Dan Penyata Kewangan Syarikat

​Kuala Lumpur, 8 Disember 2020 – Seorang individu bernama Narayanan Muthiah, 45 , telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 setelah mengaku bersalah membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat SSM berkenaan dengan tandatangan-tandatangan dalam Independent Auditors’ Report pada Laporan dan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Mei 2017 untuk syarikat MGV Recycles Sdn. Bhd.

Ini merupakan sabitan pertama bagi peruntukan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 yang mana antara lain memperuntukkan adalah menjadi kesalahan membuat atau memberikan apa-apa pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada Pendaftar berkaitan apa-apa perkara yang dikehendaki bagi pelaksanaan Akta ini dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, Manira Mohd Nor dan tertuduh telah membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan yang telah dibacakan terhadapnya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000. Sekiranya gagal membayar boleh dipenjara enam bulan. Tertuduh telah menjelaskan denda tersebut sejurus selepas prosiding berakhir.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Farieza Hazreen Salehuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

SSM memandang berat kesalahan yang serius seumpama ini kerana ia menjejaskan kredibiliti dan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM selaku badan kawal selia korporat di Malaysia. Sabitan seumpama ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil sekiranya berlaku kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM termasuklah kesalahan memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

BERTARIKH : 15 JANUARI 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.