Seorang Pengarah Syarikat Berstatus Bankrap Dituduh Di Bawah Akta Syarikat 2016

Khamis, 4 Mac 2021: Pengarah syarikat Metro Hartamas Sdn Bhd (No. Syarikat: 201101013429/941569-V), Lim Wei Khim (tertuduh) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (3) Melaka dengan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 198(1) Akta Syarikat 2016 kerana dikatakan telah bertindak sebagai pengarah syarikat Metro Hartamas Sdn Bhd sedangkan tertuduh merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan dan tidak mendapat sebarang kebenaran Mahkamah untuk bertindak sebagai seorang pengarah.

Seksyen 198(1) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan apabila seorang bankrap memegang jawatan sebagai pengarah syarikat secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat tanpa kebenaran Mahkamah. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau denda tidak melebihi RM1,000,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan-pertuduhan dibacakan kepada beliau.

Puan Hakim Nariman Badruddin telah membenarkan jaminan sebanyak RM6,000.00 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin. Mahkamah juga telah menetapkan satu tarikh pengurusan kes pada 4 Mac 2021.

Tindakan pendakwaan ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa SSM memandang serius terhadap kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada yang dikawalselia oleh SSM dan SSM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan yang tegas terhadap individu yang didapati terlibat dalam pelanggaran undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Norliana Azenan manakala tertuduh diwakili oleh peguam Zulfahami Abu Bakar dari Tetuan Zul Bakar Chamber.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

4 Mac 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.