Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Kini Diperluaskan Kepada Semua Usahawan B40

Putrajaya, 16 Februari 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik pelbagai inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021. Melalui PERMAI, sebanyak 22 inisiatif telah diumumkan dengan suntikan dana sebanyak RM15 billion.

KPDNHEP komited untuk terus membantu meringankan beban peniaga, terutama usahawan-usahawan B40. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang merupakan sebuah agensi KPDNHEP hari ini mengumumkan penambahbaikan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) dengan memperluaskan manfaat skim ini kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

KPDNHEP dan agensi dibawahnya sentiasa menekankan peri pentingnya “ease of doing business’ dan ‘lowering the cost of doing business’ di mana SPPP adalah salah satu manifestasi kepada kedua-dua falsafah tersebut. Pendaftaran perniagaan sekarang diberi percuma (pengecualian fi pendaftaran) kepada golongan sasar B40 yang ingin memulakan perniagaan dan yang belum pernah mendaftarkan perniagaan mereka.

Ini akan membolehkan mereka memperolehi akses kepada pelbagai dana dan pinjaman yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam suasana sukar dan mencabar berikutan penularan pendemik Covid19.

SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu kini merangkumi semua bakal usahawan golongan B40 dan tidak lagi terhad kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

Sejak SPPP diperkenalkan pada 22 Disember 2020, SSM telah meluluskan 1,066 permohonan daripada golongan pelajar, 830 permohonan daripada golongan belia B40 dan 73 permohonan daripada golongan ibu tunggal B40 menjadikan keseluruhan 1,969 usahawan telah mendapat manfaat darinya.

Perluasan golongan sasaran SPPP ini dijangka akan membuka peluang kepada seramai 180,000 individu untuk menceburi bidang perniagaan. Pada tahun 2021, SSM mensasarkan seramai 30,000 usahawan akan merebut tawaran ini.

Kenyataan media ini akan disusuli dengan pelan komunikasi menjelaskan tentang kemudahan ini serta SSM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkaitan di seluruh negara untuk mencapai objektif tersebut. Pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

BilPerkaraPengecualian Fi
1.Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atauRM30​
2.Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; danRM60
3.Cetakan maklumatRM10

SYARAT-SYARAT SPPP UNTUK USAHAWAN GOLONGAN B40

(a) Pemegang MyKad/MyPR;

(b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

(c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan

(d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

SYARAT-SYARAT SPPP UNTUK PELAJAR IPTA/S

(a) Pemegang MyKad/MyPR;

(b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

(c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan

(d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai SPPP, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya

16 Februari 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.