Syarikat Awam Tersenarai Didakwa Atas Kesalahan Membuat Pembayaran Fi Tanpa Kelulusan Pemegang Saham Syarikat

​ISNIN, 8 FEBRUARI 2021 – Sebuah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia, NWP Holdings Berhad (No Syarikat: 1999010205576) telah dituduh dengan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 230(1)(b) Akta Syarikat 2016 (‘Akta 777’) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tertuduh yang diwakili oleh salah seorang pengarah, Yew Onn Chong, telah didakwa telah membuat pembayaran fi kepada pengarah-pengarah syarikat tanpa kelulusan pemegang-pemegang saham syarikat di Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.

Jika disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 230(6) Akta Syarikat 2016 bagi kesalahan seumpama ini, denda sebanyak RM3,000,000.00 dan pembayaran yang telah dibuat yang bertentangan dengan subseksyen (1) adalah hutang yang perlu dibayar oleh pengarah-pengarah kepada syarikat.

Kesalahan seumpama ini merupakan kesalahan serius yang melibatkan sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan dipandang berat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’). SSM tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan penguatkuasaan sekiranya berlaku pelanggaran di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM demi menjaga kepentingan awam.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur, Puan Siti Noraida Binti Sulaiman. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah telah menetapkan 1 Mac 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen pihak pendakwaan di bawah Kanun Acara Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Amir Sharifuddin Bin Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam New Sin Weu dari firma Amer Bon Advocates.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

BERTARIKH: 18 FEBRUARI 2021​

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.