Pengarah Syarikat Berstatus Bankrap Dituduh Di Bawah Akta Syarikat 2016

Khamis, 11 Februari 2021: Seorang pengarah syarikat Ebodykit Sdn Bhd (No. Syarikat: 201501012310 / 1137645-H) (‘syarikat tersebut’), Seow Siew Mee (‘tertuduh’) yang berstatus bankrap telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan satu pertuduhan kerana telah bertindak sebagai pengarah di syarikat tersebut. Tertuduh telah gagal mematuhi Seksyen 198(1) Akta Syarikat 2016 (‘Akta 777’) yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda RM1,000,000.00 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dikatakan telah menandatangani satu Penyata Tahunan syarikat bertarikh 27.03.2017 sedangkan tertuduh merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan dan tidak pernah mendapat kebenaran Mahkamah untuk memegang jawatan mahupun bertindak atas kapasiti pengarah dalam syarikat tersebut. Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepada beliau.

Puan Hakim Siti Noraida Binti Sulaiman telah memerintahkan jaminan sebanyak RM3,000.00 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasport antarabangsa beliau diserahkan kepada Mahkamah serta turut dikehendaki melaporkan diri di balai polis pada 1 haribulan setiap bulan. Tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan ditetapkan pada 11 Mac 2021.

Pendakwaan ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan boleh diambil ke atas pengarah yang berstatus bankrap sekiranya didapati terlibat di dalam pengurusan syarikat. Tindakan perundangan juga akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang di bawah akta-akta yang dikawalselia oleh SSM bagi memastikan suatu sikap tadbir urus korporat yang baik yang menepati ciri-ciri “Corporate Governance” seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia undang-undang korporat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Mohd Zulkhairi Bin Kamaruzaman dan Muhammad Akmal Bin Azmi manakala tertuduh tidak diwakili.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

BERTARIKH : 11 Februari 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

How We Can Help You?

GET A BUSINESS CONSULTATION

Get in touch now to learn more about our services and total solutions.